بسم الله الرحمن الرحيم
Sifat syumul fiqh yang merangkumi segala aspek dan keperluan hidup manusia.
Antara keistimewaan fiqh Islami ialah, ia mengandungi seluruh
aspek kehidupan manusia. Peranan fiqh dalam kehidupan manusia ialah untuk
menjaga maslahah dan menolak mafsadah.
Sebahagian ulama membahagikan ilmu fiqh kepada 4 bahagian iaitu ibadat, munakahat, muamalat, dan jinayat.
Dalam kitab Al Fiqhul Manhaji, pengarang membahagikan ilmu fiqh kepada 7 bahagian yang meliputi kehidupan peribadi dan masyarakat, iaitu :
1.
Hukum hakam yang berkait
dengan ibadat kepada Allah, seperti wudhu, solat, zakat, puasa, haji dan
sebagainya. Hukum hakam ini dinamakan sebagai Al Ibadat.
2.
Hukum hakam yang berkait
dengan kekeluargaan ,seperti pernikahan, penceraian, nasab keturunan, menyusu,
nafkah, pewarisan, dan sebagainya. Hukum hakam ini dinamakan sebagai Al
Ahwal Asy Syakhsiah.
3.
Hukum hakam yang berkait
dengan manusia, seperti cara bermuamalat dengan mereka, pembelian, arrahnu,
sewa, dan lain-lain. hukum hakam in dikenali sebagai Al Muamalat.
4.
Hukum hakam berkenaan
dengan seorang pemerintah yang mesti menegakkan keadilan dan menghalang
kezaliman dan melaksanakan hukuman, serta kewajipan bagi orang yang diperintah
untuk taat pada pemerintahan selagi tidak pada perkara maksiat. Dinamakan hukum
hakam ini sebagai Al Ahkamu Al Sultaniyah, atau As Siyasah Asy
Syariyyah.
5.
Hukum hakam berkenaan
dengan hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah yang melakukan jenayah, serta
hukuman yang dijalankan untuk menjaga keamanan dan undang-undang, hukuman
kepada pembunuh, pencuri, peminum arak, dan lain-lain. hukum hakam ini
dipanggil Al Uqubat.
6.
Hukum hakam yang berkait
dengan hubungan antara negara-negara Islam dengan negara-negara lain ketika
peperangan dan ketika aman. Dinamakan fiqh ini sebagai Al Siyar.
7.
Hukum hakam berkaitan
dengan akhlak. Hukum ini dinamakan sebagai Al Akhlak.
Allahu a'lam.
Muhammad Nabil bin Abdullah
Mahasiswa Tahun 6,
Fakulti Perubatan,
Universiti Mansurah.
No comments:
Post a Comment