Thursday, August 28, 2014

Adakah seluruh anggota khinzir haram dimakan atau dagingnya sahaja?

بسم الله الرحمن الرحيم 


Pendahuluan.

Artikel ini ingin menjawab beberapa persoalan.

1. Apakah hukum memakan daging khinzir?

2. Adakah pengharaman hanya pada memakan daging sahaja? Bagaimana pula dengan lemak, kulit, otak, susu, dan lain-lain anggota badan khinzir?

Persoalan ini perlu difahami dengan baik kerana pada hari ini banyak produk makanan dan ubatan yang diperbuat bukan sahaja daripada daging khinzir bahkan diambil daripada lemak, kulit, tulang, dan sebagainya.

Wednesday, August 27, 2014

Adakah seluruh anggota khinzir adalah najis atau dagingnya sahaja?



  بسم الله الرحمن الرحيم



Pendahuluan. 

Perbincangan ini ingin menjawab 2 persoalan.

Pertama, adakah khinzir haiwan yang najis menurut syara’?

Kedua, adakah seluruh anggota khinzir itu adalah najis atau hanya dagingnya sahaja?

Tuesday, August 26, 2014

Hukum berubat dengan menggunakan insulin yang diekstrak daripada khinzir.

  بسم الله الرحمن الرحيم


Hukum berubat dengan menggunakan insulin yang diekstrak daripada khinzir. 

Telah sepakat para fuqaha bahawa keseluruhan anggota khinzir adalah haram untuk dimakan dan digunakan untuk tujuan perubatan ketika dalam keadaan “ikhtiar” ( iaitu dalam keadaan mampu memilih dan bukan dalam keadaan darurat).

Hukum yang diambil oleh para fuqaha ini dipengaruhi oleh salah satu daripada 2 sebab.

Mukaddimah.

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya mulakan tulisan pada blog ini yang akan mengupas tentang isu-isu fiqh perubatan, insya-Allah.

Semoga tulisan ini adalah ikhlas kerana Allah Taala, memberi manfaat kepada umat Islam di Malaysia khususnya, serta memberi manfaat kepada saya di akhirat nanti.

Allahumma amin.

Akhukum,

Muhammad Nabil bin Abdullah,
Tahun 6 Fakulti Perubatan,
Universiti Mansurah, Mesir.