بسم الله الرحمن الرحيم
Perbincangan ini ingin menjawab 2 persoalan.
Pertama, adakah khinzir haiwan yang najis menurut syara’?
Persoalan ini penting untuk dijawab dan difahami kerana
perbincangan hukum hakam tentang bahan-bahan ubatan yang diperbuat daripada
khinzir berkait rapat dengan kefahaman seorang Muslim terhadap tajuk ini.
Perlu difahami bahawa perbincangan tentang khinzir adalah haiwan yang najis adalah berbeza dengan perbincangan tentang khinzir adalah haiwan yang haram dimakan. Najis pada perbincangan yang lain dan haram dimakan pada perbincangan yang lain.
Insya-Allah perbincangan pada kali ini ialah berkenaan khinzir sebagai haiwan yang najis pada sisi syara'.
Semoga kita semua mendapat petunjuk dari Allah Taala.
Perlu difahami bahawa perbincangan tentang khinzir adalah haiwan yang najis adalah berbeza dengan perbincangan tentang khinzir adalah haiwan yang haram dimakan. Najis pada perbincangan yang lain dan haram dimakan pada perbincangan yang lain.
Insya-Allah perbincangan pada kali ini ialah berkenaan khinzir sebagai haiwan yang najis pada sisi syara'.
Semoga kita semua mendapat petunjuk dari Allah Taala.
Pandangan ulama.
Tidak ada khilaf di kalangan para fuqaha bahawa tidak
sah melakukan sembelihan terhadap khinzir serta tidak dapat disucikan
bahagian-bahagian anggota tubuhnya. Apabila disembelih maka khinzir akan
menjadi bangkai. Serta tidak ada khilaf di kalangan para fuqaha bahawa
semua bahagian tubuhnya adalah najis.
Kecuali menurut jumhur ulama mazhab Maliki yang
mengatakan bahawa bulu khinzir adalah suci.
Ulama mazhab Zahirah pula berpandangan bahawa kulit
khinzir adalah bersih selepas disertu/disamak seperti yang diriwayatkan
daripada Abu Yusuf dan Malik.
Dalil tentang pengharaman anggota tubuh khinzir :
Dalil daripada Al Quran :
Allah berfirman :
قُلْ
لَا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَى طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا
أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنْزِيرٍ فَإِنَّهُ
رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ
وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
“ Katakanlah, tidak aku dapati apa yang diwahyukan
kepada-ku, sesuatu yang diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya,
kecuali daging haiwan yang mati ( bangkai ), darah yang mengalir, daging babi,
kerana semua itu kotor, atau haiwan yang disembelih bukan atas (nama) Allah.
Tetapi barang siapa yang terpaksa bukan kerana menginginkannya dan tidak
melebihi ( batas darurat) maka sungguh, Tuhanmu Maha Pengampun, Maha
Penyayang.” Surah Al An’am, ayat 145.
Pendalilan daripada ayat :
Perkataan (الرجس ) bermaksud benda kotoran dan najis ( القذر
والنجس). Kata ganti nama ( ه) yang bermaksud ‘nya’ pada perkataan (فإنه )
kembali/merujuk kepada perkataan yang paling dekat dengannya iaitu (مضاف إليه) atau khinzir.
Pandangan ini dipegang oleh Ibnu Al Hamam, Al Babarti, dan Ibnu Hazam.
Manakala menurut Imam Ibnu Kasir pula, perkataan ( فإنه ) kembali/merujuk kepada ( المضاف) iaitu
(اللحم ) yang bermaksud daging.
Kedua-dua pandangan ini menjelaskan bahawa setiap bahagian
anggota khinzir adalah najis.
Menurut Ibnu Al Hamam dan Al Babariti, huruf ( ه ) dalam ayat (فإنه رجس
) adalah merujuk kepada (خنزير ) kerana kedudukannya yang lebih dekat dan kerana ia adalah (مضاق إليه ) . Walau bagaimanapun, ia juga boleh merujuk
kepada ( مضاف) iaitu (اللحم ) , kerana
menurut disiplin ilmu bahasa Arab, kata ganti nama dibenarkan untuk kembali/merujuk
sama ada kepada ( ( مضاف atauمضاق
إليه) ).
Cuma, pandangan yang diterima ialah pandangan yang lebih berhati-hati,
dalam kes ini kembali/merujuk kepada ( مضاف إليه) kerana keadaannya lebih aula/utama, dan
juga disebabkan maksudnya yang lebih menyeluruh pada bahagian tubuh khinzir dan
lebih berhati-hati untuk beramal.
Kesimpulan
Berkata Ibnu Hazam ;
“ Sesungguhnya kata ganti nama dalam ilmu bahasa Arab akan
kembali/merujuk kepada tempat yang
paling dekat dengannya, maka betullah Al Quran kerana sesungguhnya fizikal/ain
khinzir adalah najis, maka seluruh bahagian dan anggota tubuhnya adalah
kotoran, dan sebahagian daripada kotoran itu adalah ( ركس) , maka ayat Al Quran adalah bertepatan
dengan apa yang telah ditakwilkan oleh para ulama bahawa bahagian tubuh khinzir
adalah najis.”
Allahu a’lam.
Diterjemah dan disusun oleh,
Muhammad Nabil bin Abdullah
Mahasiswa tahun 6
Fakulti perubatan Universiti Mansurah
Mesir.
Rujukan :
مواد نجسة في الغذاء والدواء , بحث فقهي مقارن , الأستاذ الدكتور
عبدالفتاح محمود إدريس
No comments:
Post a Comment